Welcome to Techtronic! We provide ROBOTIC classes, camps and products in Kuantan, Pahang. We are offer a range of after school programs, weekend workshops.
LEgo Mindstorm for child 9 and above, Lego Wedo for child 7 & 8 and for 4, 5, 6 child is Discover the Lego System World ~~
We pride ourselves on providing your children with the best posible education using new, fun and innovative methods. We are pround to bring the Robotic programmes to your children, a first in Kuantan. We offer a wide range of activities for a wide range for the whole community. Our after school classes and camps are not only fun but also educational. Your child will learn about mechanics, robotics, teamwork, communication and so much more.



Please browse through our blog and see what we have offer...



Monday, 9 May 2011

INSPIRED LEARNING THROUGH ROBOTICS

INSPIRED LEARNING THROUGH ROBOTICS

Title: INSPIRED LEARNING THROUGH ROBOTICS
Date: 19.04.2011
Source: Utusan Malaysia Online
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1103&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_02.htm
PUTRAJAYA 2 Nov. - Kontinjen Malaysia ke Kejohanan World Robot Olympiads (WRO) 2009 di Pohang, Korea Selatan hari ini menerima suntikan semangat daripada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Sebagai tanda sokongan, Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran menyerahkan Jalur Gemilang kepada kontinjen negara yang bakal berentap dengan 300 pasukan dari 32 buah negara pada kejohanan itu pada 6 hingga 8 November ini.
Kontinjen itu melibatkan 18 pelajar iaitu dua pasukan sekolah rendah manakala empat pasukan lagi diwakili pelajar sekolah menengah.
Pelajar tersebut bertanding dalam kategori terbuka, Artist Robot dan kategori biasa, Iron Robot Triathlon; Robot Match dan Robot Pocket Ball.
Pengarah Urusan Sasbadi Sdn. Bhd., Law King Hui berkata, keenam pasukan itu merupakan juara Pertandingan Akhir Robotik Kebangsaan (NRC) di Pusat Sains Negara pada 1 Oktober lalu membabitkan 3,174 pasukan sekolah dari seluruh negara.
"Saya percaya pasukan negara mampu bersaing dengan pencabar mereka di WRO nanti dan melakar kejayaan yang lebih baik berbanding kontinjen Malaysia tahun lalu.
''Tahun lalu secara keseluruhannya, kontinjen negara menduduki tempat kedua di belakang kontinjen Korea Selatan dengan pungutan satu pingat emas, dua perak dan dua gangsa," katanya.
Beliau bercakap kepada pemberita pada majlis penyerahan Jalur Gemilang kepada kontinjen WRO 2009 selepas perhimpunan bulanan Kementerian Pelajaran di Auditorium Parcel E di sini hari ini.
Hadir sama Timbalan Menteri Pelajaran I, Datuk Ir. Wee Ka Siong dan Timbalan Menteri Pelajaran II, Datuk Dr. Mohd. Puad Zakarshi.
Sasbadi merupakan penganjur NRC sejak 2005 dengan kerjasama Kementerian Pelajaran dan Pusat Sains Negara.
Pada WRO 2009, Malaysia diwakili oleh pasukan dari Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Jalan Davidson, Kuala Lumpur; SJKC Yuk Chai, Petaling Jaya dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Methodist, Tanjung Malim.
Turut serta pasukan dari SMK Mantin, Negeri Sembilan; SMK St. Francis, Melaka dan Sekolah Menengah Sains Sabah, Kota Kinabalu.

No comments:

Post a Comment